Korang tahu tak, apabila seorang
hamba Allah jatuh sakit, Allah akan utuskan 4 malaikat :
1. Malaikat Pertama akan
mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil
REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil
KECANTIKAN WAJAHNYA ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan
mengambil DOSANYA
Apabila telah sampai waktu yang
telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat
Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah
diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi
balik dosa hambaNya tersebut. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah
kifarah dosa.
Kifarah tu apa..???
"Kifarah adalah balasan
Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga
ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian oleh yang
dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyait, tidak kira sama ada penyakit
tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada
ketentuan (qada') Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati. Selagi
ketentuan (qada') bagi sakit itu belum menepati qada' Allah, maka sakit
(kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia.
Jelas di sini membuktikan bahawa ada di antara penuyakit itu akan sembuh
dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun
tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan"
Allah berfirman di dalam surah
At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:
"Tidak ada kesusahan (atau
bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa
yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang
telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha
Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
"Tidaklah seorang muslim
tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan
bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan
daun-daunnya"
Subhanallah, betapa Allah itu Mulia dan Baik Hati terhadap kita. Jadi,
jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pula mudah berburuk
sangka kepada Allah. Bahkan sebaiknya kesakitan atau musibah itu dipandang
sebagai nikmat untuk Allah membersihkan diri kita daripada segala dosa dan
noda. Bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya.
mari sama-sama kita baca doa ini bila menghadapi kesakitan ....