saia ehacyunk

saia ehacyunk

Wednesday, February 19, 2014

perjalana ke bumi indonesia .. day one

alhamdulilah .. akhirnya aku dapat melangkah kaki  di bumi garuda .. seronok satu pengalaman yang sangat luar biasa .. teruja sangat-sangat .. semua yang berlaku dengan izin allah s.w.t .. sesungguh nya kita hanya mampu merancang namun allah yang menentutkan segalanya ..perjalanan 2 jam tidak terasa kerana terlalu teruja sangat-sangat .. sebab aku bukan dari keluarga yang senang dapat jejak kaki ke luar negara adalah satu cita-cita impian aku ..  rabu selepas balik kerja poei cri kasut sebab kat sana kan nak jalan jauh so cari kasut yang selesa .. kasut bata je .. hehe.. alhmdulilah .. jam 11.30 malam dari shah alam ke hulu lanagt rumah mama dan abah dengan mak abg sepupu yang bawak p hanatr sana .. thanks abg aswad susah payah hantar adik dan mak ..

jam 12.30 sampai rumah mama.. mandi solat dan tidur .. esk khamis jam 4.30 dah bangun siap-siap untuk ke lcct .. kami pg 8org naik van yang di sewa khas .. 6.30 pagi solat subuh di masjid KLIA.. alhmdulilah aku panjatkan kesyukuran ..kerana niat aku hampir tercapai .. jam 7.30 pagi dah berada di LCCT buat pertama kali nya aku menjejak kaki ke sana dalam usia 22 tahun  2 bulan 10 hari .. hehe.. sarapan di LCCT nasi lomak je 30.00 yelah memag dah tahu mahal kihkih... after sarapan hantar luggage masuk kargo itu abah buat aku tak tahu hehe

dalam jam 8.30 pagi check in , ini aku merasa sendiri masuk check kastam scan barang -barang dalam handbeg .. then masuk di ruang menunggu ,, seronok nampak kapal terbang mendarat .. menanti flight kami dengan penuh sabar .. impian bakal jadi kenyataan .. ini gambar semasa tunggu flight with mereka kesayangan hamba

me + mak

mak + mama + abah

me teruja nya hehe

over jap 


menunggu flight dengan penuh sabar 

jeng..jeng.. jeng.. tiba masa nya flight dah sampai ni suasana nk pergi naik flight ...
ni ja yang ada tu pun curi-curi sbb kawasan larangan ambil gambar huhu .....
masa naik tangga flight xputus-putus ucap syukur sbb dapat rasa semua ni .. aku pasti xsemua dapat rasa kan ....pic dalam flight ada sikit je sbb pramugari tu xbagi snap pic huhu .. aku kne tegur sbb xtahu lah.. al-maklum first time naik belon nie.. 
muka teruja naik belon ni odw ke jakarta .. syokkk hahah
 korang yang tak pernah naik flight mesti nak tahu kan apa rasa naik flight dan terbang di awan
hehe masa mula-mula dia nak terbang tu pening2 sikit sebab goyang atau gegaran yang kuat sikit .... rasa terkejut sikit masa dia terbang naik tu bila dah berada di awan tu rasa mcm tak bergerak je .. masa langgar awan rasa lah gegaran nya .. perhh syokk dok dalam awan .. hihi.. masa nk mendarat tu dia turun rendah sikit-sikit kadang kala rasa sayap sengget sebelah time tu takot bah.. takot jatuh hehe... masa mula duduk pramugari suruh pakai tali pinggang semua lah .. cantekk tol pramugari nya .... huhu .. masa dia mendarat rasa jugak gegaran nya time tu lah takot vs pening-pening sikit ..

ni pic masa balik .. dapat duduk kat tingkap so gagah berselfie sebelum pramugari dia nampak .... 

 nanti sambung xtvt hari pertama sampai di jakarta ye.... ada kije sikit nakk buat .. hehe tggu tau .. tau blog nie x famous pun.. sesaje nk buat diari hidup .. 




Tuesday, February 11, 2014

Sakit Itu Kifarah Dosa

Korang tahu tak, apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan utuskan 4 malaikat :
1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAHNYA ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA
Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut.  Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah kifarah dosa.

Kifarah tu apa..???
"Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian oleh yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyait, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada') Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati.  Selagi ketentuan (qada') bagi sakit itu belum menepati qada' Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia.  Jelas di sini membuktikan bahawa ada di antara penuyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan"
Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".



Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" 


Subhanallah, betapa Allah itu Mulia dan Baik Hati terhadap kita. Jadi, jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pula mudah berburuk sangka kepada Allah. Bahkan sebaiknya kesakitan atau musibah itu dipandang sebagai nikmat untuk Allah membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda. Bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya.



mari sama-sama kita baca doa ini bila menghadapi kesakitan ....



Monday, February 10, 2014

aLLAH tIDAK mEMBEBANI hAMBA nYA mELAINKAN dENGAN kEMAMPUAN



La tahzan innallaha ma’ana” (jangan bersedih, Allah bersama kita)


Ketika kita mengeluh : “ Ah, tak mungkin kot… ”.
اَللّهُ menjawab : “ Jika AKU menghendaki, cukup Ku berkata “Jadi”, maka jadilah ” (QS 36 : 82).

Ketika kita mengeluh : “ee, aku penat sangat … ”.
اَللّهُ menjawab : “ … dan KAMI jadikan tidurmu untuk istirahat ” (QS 78 : 9). …

Ketika kita mengeluh :… “ Beratnya dugaan ni, x sanggup aku … ”.
اَللّه menjawab : “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan ” (QS 2 : 286).

Ketika kita mengeluh : “ serabutnyaa … ”.
اَللّهُ menjawab : “ Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang ” (QS 13 : 28).

Ketika kita mengeluh : “ pe aku buat ni semua sia-sia … ”.
اَللّهُ menjawab : ” Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji dzarah sekalipun, niscaya ia akan melihat balasannya ” (QS 99 : 7).

Ketika kita mengeluh : “ takde sorang pun nak tolong aku … ”.
اَللّهُ menjawab: “ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, niscaya Aku kabulkan untukmu ” (QS 40 : 60).

Ketika kita mengeluh : “ aku sedihh sangat… ”.
اَللّهُ menjawab : “ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita ” (QS 9 : 40).

Segala masalah kita, persoalan kita, sudah terjawab oleh ALLAH, semoga Allah kuatkan hati kita.



Monday, October 28, 2013

remove my mole

alhmdulilah .. sebulan dah berlalu.. hari-hari duk ingat nak buat entry tentang aku dah buang my mole (tahi lalat) yeah teruja sangat sebab dan berwajah baru .. hari ni dah sebulan .. maka sudah tiada tahi lalat manis milik ku yang di jaga selama 22 tahun .. nanti aku share kan gambar before,after ye.. mesti korang nak tahu kat mana buatnya kan-kan, mahal tak ? yang penting sakit tak masa buat tu. oleh sebab aku takot rasa sakit aku memilik untuk buat laser ...

bermula lah perjalanan shah alam ke kepong .. klinik ini berada di kepong.. di sebba kan tak tahu jalan aku naik ktm tau berteman kan housemate merangkap oficemate yang sangat baik sanggup menemani aku .. bermulah lah padang jawa-kl sentral-kepong .. apoiment pukul 2 tapi sebab aku late g shoping barang rumah jadi di tunda pukul 3 petang.. sesusah payah mencari klinik ini akhirnya jumpa.. masuk bagi IC je then duduk punya lama, hampir sejam doc pangil.. dia tanya ya siti mau apa?

dalam hati den eh kau tak tahu ke ? kan aku dah buat apoiment sebulan yg lalu .. aku pon cakap sy nak buang ni.. sambil tgn tunjuk tahi lalat comel tu.. doc tu ok xda masalah kita boleh buat..
aku: doc sakit tak?
doc: sakit sikit lol , pedih.. total 151.00 ok sekali ubat bla..blaaa.. 200.00..
aku: dalam hati je ( aku bajet dalam 300++++++)
doc: tunggu dalam 30 minit nak setting tempat tuk u..
ak: ok .. berlalu kuar. mak aii bukan 30 minit 3 jam mey.. redo je.. ramai org buang tahi lalat rupanya...

ok ni pic masa menunggu .. bosanggg !
 ni pic dalam train syok sendiri ma.. senaja di dekatkan sebab nak tujuk my mole.. selalu nya ak akn cover mole tu hari ni tak dah

 ni dalam klinik tu ngn kak laily yg baik hati teman aku ewah.. malu-malu plak dia..
so, nampak tak mole aku tu.. hihihihihih..

ok sampai masa nya aku tujuk pic before and after kn .. nah hihi
 tadaaaa muka tahan sakit bah.. yg putih tu ubat antibiotik yang nurse comel tu sapu
 dalam train.. still rasa nyilu.. n bau cm terbakar sebab laser kan
bukti sudah hilang mole.. cm tu kali aku snap pic nya.. hehehe


kul 5 baru doc tu pangil aku masuk bilik bedah tu .. seram je bilik "BEDAH "
masuk je doc cakap awk last boleh jerit tak der org huhu, dia pon bius aku 2x .. sakit baq hang..masa bius tu perhhh sakitnya.. tuhan jak tahu sakit bah.. then dah kebas dia pon bakar kot keliling mole tu ,.. pastu rasa dia tarik mole tu .. the gunting waaa.. tggu 3 jam buat nya dalam masa 5 minit je.. dan aku berwajah baru sudah ......

untuk maklumat lanjut ini nama klinik nya 
contact us 

Poliklinik Medi-Kulit Dan Surgeri Center 

No. 89, Jalan Metro Perdana Barat 1,
Taman Usahawan, Kepong Utara, 52100 Kuala Lumpur


Tel: / Fax / Appointment:
+603-6257 5762


Email:
Medikulit@hotmail.com


Clinic Hour:
Monday - Friday : 9AM - 6PM
Saturday : 9AM - 5PM
Sunday & Public Holiday: Close

Monday, June 10, 2013

tips untuk yang ada jERAWAT BESAR..

OKEY .. BISMILLAH.. assalamualaikum semua .. hai .. hehe hari ni nak share sikit ngn semua peminat blog  akan khasiat buah majakani.. ok selama ni yang aku tau buah majakani ada lah sebagai agent "perapat" sbb kebanyakan yg aku baca lah .. tapi hari ni aku terpanggil untuk menulis entry ni sbb housemate aku guna kan buah majakani untuk jerawat .. ia berfungsi jugak untuk kejutkan jerawat batu korang .. haa teruja kan.. 

lagi pun buah majakani tak susah nak dapat .. kat pasar banyak xpun yg dh siap extrac tu je korang pakai kan
haaaa.. mesti nak tau kan cm mana gune benda alah tu meh teruskan pembacaan anda semua
korang knl tak rupe buah majakani tu?
rupa nya agak hodoh tapi khasiat nya perhh terbaik ... okeh korang beli buah tu then kikis dengan pasu bunga tau .. haaa np pelik sgt? tu petua org yg jual tu la .. so dh dapat serbuk dye tu ambek air bancuh then sapu kat jerawat u all .. in sha allah akn kejut ,..... tp kalau korang malas sgt  ambek buah tu then rebus kan ambek air dia sapu la kat jerwat tu mudah je kan? haa selamat mencube ...
tq to kak mona liza bg tau respi baru ni hehe



Jerawat adalah masalah anak muda tetapi ia juga melibatkan orang dewasa. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka , dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma.

Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut.

Lebih besar kawasan radang lebih mudah terbentuk nanah dan akan meninggalakan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan.

Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan keyakinan diri.

Friday, June 7, 2013

WeDiNg aNaK pEnAkAn ..

ok .. memandangkan sekarang musim cuti sekolah so banyak gilooo invite weding kan .. tarikh 25.05.2013 aku tersepit ngan anak penakan(bahasa kedah ni) kalau org lain ckp ank buah la.. buah ap?? haha meh baca sampai habis .. kot buah nangka jadi durian ke.. hehe sory gurau je.. 

dari Seksyen 7 ke seksyen 17 shah aLam - shah alam ke bote kiri ..
al kisah nya tiket tuk hari jumaat tak der so aku dengan terpaksa (padahal rela) ambek tiket khamis pagi kul 10.30 so aku pontemg la keje JAWAPAN nya hehe
tak jauh pun shah alam perak pukul 2.00 aku sampai perak al kisah pulak aku dah nampak umh simpang umh nenek aku tapi mulot nie berat tak nak bg tau pakcik tu dh terlepas sampai GELUNG PUYU..

aku pun turun la tepi jalan tu tgh panas buta .. tggu pak lang aku ambek.. 30 minit jugak la
..huhu sory la aku ni minah yg tak suka naik moto bukan dimand tp aku hbs sekolah terus ada kereta so hidup aku nak naik kereta je... yg pak lang aku ni bawak ak naik moto ngn barang memboyot kat depan  kalau terus je jmpe umh nenek ak xpe ni singga beli myk moto singga beli ikan aku punya la malu hahaha tuhan je tau malu aku..

pendekan citer aku sampi umh nenek ak .. esok nya p tgk ank penakan  aku akad nikah .. lusa nya kenduri... aku la org yg paling sibuk kalah  pegantin.. haha aku jd juru foto xbertauliah al maklum la dslr xda .. xsempat cari aku gune lensa tab je sian gila der :( 

sedih2 tapi pic lawa jugak .. aku la dok bg arahan sana sini nak posing .. aku la pegapit merangkap mak andam pada ank2 buah yg sibuk nak makeup tu hehehe
jum laa layan pic kawen anak buah aku angah ..
tahniah angah dan lan.. doakan acu plak ye..

 sabar menanti SUAMI tercINta
 adik ifa dan sepupu yg mewarnai majlis angah dan lan
 giwomi ke?



 abaikan muka aku tu huhu 

 seKAli lafaz kau milik nur aiN



 maK N ANgaH

 AcU & AngAh





 lAn + aiN

saYaNg aNgah

Thursday, June 6, 2013

::::sEtElah lama meyepi kINI KU kembAli :::

hello semua !! hai !! assalamualaikum pembuka bicara .. salam jumaat penghulu hari salam penuh barakah ..
07-06-2013 =28 rejab jumaat ..


sebenar nya tak apa sangat yang nak aku coret kan dalam blog aku yg xbape nak famous nie tak cm blog @cik belalang tu (kwn aku la) 
nah baca entry dia. dia kawan aku dari kecik sampai besar tapi dye kecik je aku yg besar dulu haha
jangan marah ye ina :)


last update pasal aku join imkk bersama sifu Dr Azizan Osman kan.. korang mesti tertanya2 aku jadi ushawan berjaya dah ke?jutawan ke or sawan ?? ngeee ini lah al kisah nya ..
aku hanya buat jualan online di fb itu je .. sedih kan selebih nya aku hanya di rumah goyang kaki haha cm tu pun boleh .. setelah sekian lama nya aku duduk rumah aku pon gatal3 pergi kat job malaysia n mudah.my cari keje lastly byk gila aku dapat intevieu sampai aku pening di buat nya..then skrg aku hanya berkerja sebagai KERANI LAWYER FIRM DI MHI & PARTNERS..
sedangkan cita-cita aku nak buke butik andaman yang di beri nama 
CHENTA IRIS BRIDAL tap aku akn pastikan one day itu menjadi realiti sekarang aku sedang2 berjinak dgn dunia makeup dan photografer untuk permulaan pada iris bridal ..

my sister ada cadangan untuk aku buka tadika memandangkan lokasi sudah ada.. akak aku cakap "hang jadi pegurus tadika la dik" ishh sedap jugak nama jawatan tu.. aku pun mula mencari dan mencari tentang pembukaan tadika cume yg sadih nya aku betul2 tak xda masa nak g krusus tu .. in sha allah ak akn usha pg dalam tahun ni.. nak sangat bergelar usahawan muda.. bukan SAWAN MUDA  tau...
selamber je aku kan?? time ofis update bloger.. ishh makan gaji haram ke kira nya?
ntah la aku dah bosan sebab xda keja kat opis .. opis yg sejuk gilerrrr nie.. ouchh .. lawan nya paham2 la ye ..

sekian dulu entry aku tuk pagi jumaat nie .. jmpe isnin nanti sbb cm2 lagi aku nak luahkan dalam blog nie.. nagi aku ni cara aku luahkan PERASAAN aku.. ngee 
sekian wasalam 
love u all <3